4 Jenis Peti Sejuk

Jenis Peti Sejuk Dalam Pasaran

Ada berapa jenis peti sejuk dalam pasaran hari ini? 2 jenis peti sejuk yang biasa kita jumpa didapur rumah kita iaitu peti sejuk 2 pintu dan chest freezer.
Lain dari ini pun ada, cuma jarang orang guna walaupun ia datang bersama kelebihan tersendiri. Dan kita membeli mengikut bajet dan kesesuaian fizikal dapur rumah kita.

Peti sejuk biasanya diukur melalui skala liter untuk menentukan kapasiti simpanan sesebuah peti sejuk. 500 liter sudah cukup besar untuk sebuah keluarga sederhana besar.
Dibina bersama teknologi inverter sesuai perubahan teknologi dan juga faktor alam sekitar

Dibawah ini ada disenaraikan jenis peti sejuk dan sedikit sebanyak mengenai sistem dan kegunaan mengikut keperluan domestik.

Peti Sejuk Satu Pintu

Jenis peti sejuk biasa jumpa. Saiz tak besar, tak juga kecil. Cukup untuk keperluan rumah bujang atau keluarga kecil. juga sesuai untuk ada rumah sewa fully furnished.
Sistem penyejukbeku yang mengandungi kompressor, thermostat dan lampu. Dan tiada kipas dalam 1 compartment yang sama.

jenis peti sejuk 1 pintu

Peti Sejuk Dua Pintu

Jenis peti sejuk yang biasa jumpa didapur, 2 pintu atas bawah. Nama lain untuk unit ini ialah refrigerator freezer dimana ia mengandungi 2 compartment iaitu penyejuk dan pembeku.
Saiz ada pelbagai. Ada kecil, ada sedang, ada besar.

Sistem yang digunakan ada penambahan kipas dan sistem defrost untuk menambahbaik fungsi. Kipas digunakan untuk circulate angin sejuk dari freezer compartment cycle masuk chiller compartment dan sistem defrost untuk automatically cairkan ais mengikut masa yang ditetapkan.

jenis peti sejuk 2 pintu
jenis peti sejuk

Peti Sejuk Side By Side

Jenis peti sejuk yang popular dalam rumah besar. Saiz besar bersama pelbagai sistem tambahan yang mampu menambahbaik kualiti kehidupan.
Ada jenama bina seluruh sistem penyejukbeku dalam 1 compartment dan gunakan kipas untuk circling udara sejuk. Ada jenama pilih untuk bina sistem berasing tapi masih dalam sistem yang sama.

Peti sejuk side by side biasanya datang bersama teknologi inverter dan sistem elektrik dc yang berbeza dari keluaran terdahulu.

Freezer

Freezer atau peti pembeku berfungsi untuk membeku bahan yang disimpan dalam compartment tertutup.
Ada 2 jenis freezer biasa jumpa hari ini. Fungsi sama cuma rekaan berbeza. Satu unit vertical dipanggil Upright Freezer, satu unit horizontal dipanggil Chest Freezer.

Sistem penyejuk yang digunakan sama seperti peti sejuk 1 pintu. Ia mengandungi kompressor dan thermostat sahaja. Tanpa kipas atau sistem defrost.

jenis peti sejuk upright freezer

Masalah Peti Sejuk Biasa Berlaku?

Masalah peti sejuk akan berlaku selepas tempoh masa tertentu. Jaminan umum biasanya cuma setahun dan sekarang dalam era baru dengan teknologi peti sejuk juga berubah, jaminan kompressor ada hingga 10 atau 12 tahun.
Pun begitu, konsep penyejukbeku yang digunakan masih tak banyak berubah. Ia tak akan jadi terlalu advanced atau risiko susah baiki timbul.

Lebih lanjut mengenai masalah peti sejuk, boleh klik sini.

Akhir Kalam

Ada banyak pilihan peti sejuk. Baru atau secondhand bukan masalah selagi mana objektif tercapai mengikut bajet yang ada. Ada yang prefer saiz besar, mudah untuk menyimpan bahan dalam kuantiti banyak. Ada yang okay untuk ada yang kecil

Best advice untuk keperluan besar?
Buat split, sebuah peti sejuk 2 pintu bersama sebuah freezer sebagai backup. Preparation musim raya haji atau persediaan untuk kendalikan event keluarga. 
Kepentingan sebenar hadir bila sampai masanya untuk rosak dan hadapi masalah. At least tidak terkesan bila barangnya banyak tapi tiada backup langsung.

Terima Kasih sudi baca sampai sini. Saya Ahmad Khairol, dari Kota Bharu, Kelantan.
Sedia membantu dalam kawasan berdekatan.

Similar Posts