Teknologi Inverter Peti Sejuk. Advantage Baru?
Apa Itu Teknologi Inverter Peti Sejuk?
Teknologi ini merupakan generasi ketiga di dalam sejarah pembikinan sistem peti sejuk domestik. Mula diperkenalkan pada tahun 2010 dan berada dalam pasaran Malaysia sejak 2012.
Panasonic merupakan jenama pertama yang mengeluar dan memasarkan peti sejuk jenis inverter di Malaysia. Dan sekarang hampir semua jenama utama mengeluarkan model peti jenis inverter sendiri seiring dengan perubahan teknologi.
Perbezaan ketara diantara peti sejuk konvensional dan inverter selain dari sistem elektronik ialah jenis gas (refrigerant) yang digunakan dalam sistem penyejukbekuan. Peti konvensional gunakan gas R134A.
Manakala peti sejuk inverter pula gunakan gas R600A. Juga ada beza dalam cara kendalian kerana gas R600A dalam kategori mudah terbakar (flammable)
Sistem Peti Sejuk Inverter
Peti sejuk inverter dibina berasaskan sistem elektrik 240vac sebagai input mengikut standard Suruhanjaya Tenaga (ST) dan sistem inverter akan mengubah arus voltan mengikut kesesuaian dan keperluan sistem inverter tersebut.
Sistem inverter yang dilengkapi kompressor jenis Linear dengan berkelajuan berubah-ubah ini akan melaraskan operasi kompressor mengikut suhu luar (ambient tempreture) dan beban pada peti sejuk.
Dalam sistem peti sejuk inverter, kompressor tidak bermula dan berhenti tetapi beroperasi pada kelajuan perlahan yang cukup untuk mengekalkan suhu yang diperlukan dalam peti sejuk pada setiap masa. Secara tidak langsung menjimatkan tenaga dari berulang kali mula dan henti.
Peti sejuk inverter juga dibina berasaskan sistem elektronik sepenuhnya. Untuk mengawal dan menentukan keperluan peti sejuk melalui sensor, ada sensor tertentu untuk thermostat, defrost system, ambient temperature dan pintu/lampu.
Papan kawalan elektronik juga dibina berbeza mengikut model dan jenama yang ada dalam pasaran. Ia tidak sama dari segi voltan dan cara operasi.
Ada pengeluar guna sistem satu (1) papan elektronik, ada guna sistem dua (2) papan elektronik.
Bergantung kepada pengeluar, ada yang reka papan kawalan elektronik dengan gabung semua fungsi dalam satu (1) papan elektronik.
Ada yang reka dalam 2 papan kawalan berbeza. Rujuk maklumat ringkas dari pengeluar dan mengikut model tertentu berdasarkan pelekat dibawah.
