teknologi inverter peti sejuk peti sejuk inverter

Teknologi Inverter Peti Sejuk. Advantage Baru?

Apa Itu Teknologi Inverter Peti Sejuk?

Teknologi ini merupakan generasi ketiga di dalam sejarah pembikinan sistem peti sejuk domestik. Mula diperkenalkan pada tahun 2010 dan berada dalam pasaran Malaysia sejak 2012.
Panasonic merupakan jenama pertama yang mengeluar dan memasarkan peti sejuk jenis inverter di Malaysia. Dan sekarang hampir semua jenama utama mengeluarkan model peti jenis inverter sendiri seiring dengan perubahan teknologi.

Perbezaan ketara diantara peti sejuk konvensional dan inverter selain dari sistem elektronik ialah jenis gas (refrigerant) yang digunakan dalam sistem penyejukbekuan. Peti konvensional gunakan gas R134A.
Manakala peti sejuk inverter pula gunakan gas R600A. Juga ada beza dalam cara kendalian kerana gas R600A dalam kategori mudah terbakar (flammable)

teknologi inverter peti sejuk peti sejuk inverter

Sistem Peti Sejuk Inverter

Peti sejuk inverter dibina berasaskan sistem elektrik 240vac sebagai input mengikut standard Suruhanjaya Tenaga (ST) dan sistem inverter akan mengubah arus voltan mengikut kesesuaian dan keperluan sistem inverter tersebut.
Sistem inverter yang dilengkapi kompressor jenis Linear dengan berkelajuan berubah-ubah ini akan melaraskan operasi kompressor mengikut suhu luar (ambient tempreture) dan beban pada peti sejuk. 

Dalam sistem peti sejuk inverter, kompressor tidak bermula dan berhenti tetapi beroperasi pada kelajuan perlahan yang cukup untuk mengekalkan suhu yang diperlukan dalam peti sejuk pada setiap masa. Secara tidak langsung menjimatkan tenaga dari berulang kali mula dan henti.
Peti sejuk inverter juga dibina berasaskan sistem elektronik sepenuhnya. Untuk mengawal dan menentukan keperluan peti sejuk melalui sensor, ada sensor tertentu untuk thermostat, defrost system, ambient temperature dan pintu/lampu.

Papan kawalan elektronik juga dibina berbeza mengikut model dan jenama yang ada dalam pasaran. Ia tidak sama dari segi voltan dan cara operasi.
Ada pengeluar guna sistem satu (1) papan elektronik, ada guna sistem dua (2) papan elektronik.
Bergantung kepada pengeluar, ada yang reka papan kawalan elektronik dengan gabung semua fungsi dalam satu (1) papan elektronik.
Ada yang reka dalam 2 papan kawalan berbeza. Rujuk maklumat ringkas dari pengeluar dan mengikut model tertentu berdasarkan pelekat dibawah.

Kelebihan Dan Kekurangan Peti Sejuk Inverter

Teknologi Inverter peti sejuk akan jadi sistem utama dalam pengeluaran model baru peti sejuk. Bagaimana ia boleh bantu pengguna?
Sini ada kelebihan dan kekurangan sistem inverter peti sejuk

peti sejuk inverter

Kelebihan Sistem Inverter Peti Sejuk

Jimat Elektrik Secara Konsisten

Tidak seperti sistem konvensional yang hidup–mati secara mengejut, inverter melaras kelajuan kompresor mengikut keperluan suhu.

Suhu Lebih Stabil & Makanan Lebih Tahan Lama

Sistem inverter mengekalkan suhu yang konsisten tanpa turun naik mendadak.

Operasi Lebih Senyap

Kompresor tidak perlu kerap “on-off” secara kasar. Pergerakan lebih lancar dengan bunyi minimum.

Jangka Hayat Lebih Panjang.

Kurang tekanan pada kompresor kerana tiada hentakan kuasa berulang.

Mesra Alam

Penggunaan tenaga yang lebih efisien dan menyokong gaya hidup lestari

Kekurangan Sistem Inverter Peti Sejuk

Kos Pembaikan Lebih Mahal

Sistem inverter bergantung pada papan litar dan modul elektronik sensitif.

Sensitif Terhadap Voltan Tidak Stabil

Lonjakan atau turun naik voltan boleh memberi kesan kepada sistem elektronik.

Penjimatan Tidak Ketara Untuk Penggunaan Ringan

Jika peti sejuk jarang dibuka atau isi kandungan sedikit, perbezaan penjimatan elektrik mungkin tidak begitu ketara berbanding model biasa.

Peti Sejuk Inverter Rosak?

Masalah biasanya timbul bila peti sejuk inverter rosak dan pengguna boleh menghadapi kesukaran mendapatkan juruteknik yang mahir membaiki peti sejuk jenis ini.
Cara lain ialah rujuk kepada pengeluar untuk maklumat lanjut mengenai wakil pembaik pulih terdekat dan seterusnya mendapatkan anggaran kos baiki.

Berbaloi atau tidak, saya tak boleh komen.

Alat Ganti?

Untuk alat ganti, saya nasihatkan supaya pengguna rujuk kepada pusat servis jenama peti sejuk terlebih dahulu untuk mengetahui samada masih dalam tempoh jaminan , sudah tamat atau ada pilihan lain.

Pilihan lain ialah minta juruteknik persendirian datang dan periksa peti sejuk sahaja. Untuk mengetahui punca kerosakan sebenar sebelum ambil langkah seterusnya. Kerana saya pernah temui sebelum ini, rosak benda lain, baiki benda lain. Akhir cerita, jumlah modal perlu keluar hampir RM800.

Pengguna perlu tahu?

Pengeluar alatan elektrik rumah menyediakan jaminan untuk alatan elektrik yang dikeluarkan. Namun, untuk tuntutan kes kompressor rosak, apa yang tuan/puan perlu tahu dan faham disini ialah ada satu (1) harga sebagai upah pemasangan dan tenaga kerja namun bukan semua jenama mengamalkan langkah begini. Jaminan itu tertakluk hanya untuk penggantian kompressor baru dari pusat servis. Bukan siap pasang dan running seperti sebelumnya.
Boleh rujuk pusat servis untuk maklumat lanjut. Sediakn model serta kad jaminan untuk memudahkanurusan.

Saya ahmad khairol. Boleh hubungi di +60129573402 atau klik link ini untuk whatsapp.

Ada soalan mengenai post teknologi peti sejuk inverter? Boleh isi form di bawah, call atau klik icon disebelah kanan untuk terus whatsapp tanpa save nombor.
Terima kasih kerana baca sampai bawah ni.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *