masalah peti sejuk

Unfair Advantage Tahu Masalah Peti Sejuk.

Masalah Peti Sejuk Domestik

Bila ada masalah, apa tindakan pertama awak akan ambil?
Cuba kenal pasti sendiri masalah yang dihadapi atau minta yang pakar datang untuk check dengan harga RM 50 sebagai servis charge?

Soalan yang bagus sebenarnya. Mungkin perlukan pendapat kedua dari orang berpengalaman. Internet boleh membantu namun tidak semestinya boleh selesaikan masalah dalam masa singkat. Itu di jamin.

Apa saja pilihan yang awak ambil, harapnya ia akan dan boleh jimatkan masa awak. Itu lebih utama selain dari kos besar dan luar jangka perlu sedia ditanggung.

Terus Google kaji apa masalah peti sejuk dan bertanya pula kepada encik ChatGpt tanpa tahu apa punca masalah sebenar?
Ia boleh jika ada masa luang dan alatan yang betul meliputi seluruh proses pembaikan atau berisiko jadi tikus baiki labu.

The advice is simple, kenalpasti root problem dulu. Dapat punca masalah, baru cari solution.
Paling tidak di situ, punca rosak dapat di kenal pasti. Seterusnya memudahkan untuk langkah seterusnya diambil. Nak baiki terus atau hold dulu.
Awak sebagai pemilik berhak untuk berkata tidak. Jangan risau bab lain. Sebagai technician juga, tiada istilah paksaan.

Jadi ada terms ‘agree to proceed’ sebelum mula kerja mesti ada.

masalah peti sejuk

Apa Masalah Peti Sejuk Yang Biasa Berlaku?

3 kategori masalah peti sejuk biasa berlaku. Based on pemerhatian dan keadaan sebenar peti sejuk.

  • Peti ais sejuk tapi tak beku.
  • Tak sejuk langsung/Total tak sejuk.
  • Atas/bawah tak sejuk

Masalah peti sejuk umumnya ada 3 penyebab utama.

Pertama, masalah teknikal.


Selalunya ok, tiba-tiba saja terperasan ada masalah seperti kurang sejuk atau kurang beku.

Kedua, human error.


Contoh mudah ialah cuci ais guna benda tajam seperti pisau dan tercucuk cooling coil.
Atau semudah pintu tak tutup rapat.

Ketiga, Keadaan Semulajadi.

Biasanya berkait dengan kualiti bahan yang digunakan dalam pembuatan peti sejuk. Ada kes, bocor dalam drain pan. Ada kes, kompressor rosak dalam pemindahan spt pindah rumah.

Masalah Peti Sejuk Dan Cara Kenalpasti Berdasarkan Masalah.

Total Tak Sejuk

  • Perlu tahu Compressor running atau tidak. Semua standard use compressor ada vibration.
    Cara check yang mudah ialah sentuh dengan hujung jari hanya untuk tahu ia ada vibration atau tidak sahaja.
    (Ada Kemungkinan Compressor Overheated)
    Jika hanya ada overheat tapi tak ada vibration serta ada bunyi tik-tik, ada kemungkinan compressor dah out. Further check required.

Ada Sejuk Tapi Tak Beku.

  • Part paling banyak kemungkinan rosak tapi puncanya jarang kena pada 2 tempat dalam 1 masa. Antaranya:-

    – Sistem auto defrost tak berfungsi.
    – Minor refrigerant gas leak.
    – Gas line choking (Tersumbat).
  • – Kipas rosak.

Atas/Bawah Tak Sejuk.

  • Antara sebab teknikal yang biasa terjadi ialah komponen seperti Damper bermasalah.
    Atau semudah pintu tak rapat. Boleh check kualiti getah pintu. Kalau ada gap dan boleh rasa udara sejuk keluar, mungkin boleh consider untuk ganti getah pintu.

Semua diatas hanya kemungkinan berdasarkan pengalaman saya dalam 10 tahun ni.
Langkah terbaik ialah ambil pendapat kedua melalui Technician untuk mengetahui punca masalah di peti sejuk anda

Artikel Berkaitan:
Sistem Elektrik
Penyaman Udara

Peti Sejuk Jenis Side By Side dan Masalah Biasa Alami.

Personally, peti sejuk jenis ini bagus kerana saiz besar. Ciri tambahan baru juga banyak termasuk ice maker/crusher dan latest features ialah skrin besar di pintu refrigerator (chiller) untuk sambungan Wi-Fi dan notification apps tertentu. ( Juga beri data tertentu kepada manufacturer secara tak langsung )

Ini produk premium, ciri-ciri menarik tapi guna asas peti sejuk sama seperti yang lain.
Adaptasi teknologi terbaru elektronik sepenuhnya dan tentu sekali ada teknologi inverter.
Ada guna sistem dual cooling coil.
Ada guna single coil dengan kipas besar.
Semua jenama ada blueprint tersendiri dalam reka bentuk produk serta sistem yang digunakan.

Bagus untuk penjimatan tenaga elektrik tapi bila bermasalah, boleh sakit kepala fikirkan penyelesaian.
Beli baru mudah tapi kos boleh tahan juga.

Masalah peti sejuk jenis side by side sama seperti peti sejuk lain juga. Cuma cara pengendalian akan beri beza dimana juruteknik berpengalaman akan dapat kesan masalah awal dalam sesi whatsapp.
Terbaik ialah check dulu.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *